2nd time FIFA BALLON D'OR

2nd time FIFA BALLON D'OR
Herbalife congratulates Cristiano Ronaldo; 2nd time winner of FIFA BALLON D'OR *fueled by Herbalife!

Bantuan Diperlukan?Tanya Saya Bagaimana!!

Name:
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Turun Berat
Tambah Berat
Tenaga Bersukan
Pendapatan Sampingan/Sepenuh Masa

Put a website form like this on your site.

Monday, September 22, 2014

#Throwback: Pertama Kali Miliki Set Katil Sempurna

ini pos beberapa bulan lalu di blog lagi satu..hehe


selama 8 bulan saya di menjengah alam pekerjaan sebenar di Kajang ni, disinilah tempat beradu saya. Ha nampak kayu yang tengah tu? tu sebenarnya kepala katil. Tapi saya kasi pusing katil ni supaya bilik jadi luas lagi. Saya menginap di bilik utama kondominium milik syarikat. Lengkap dengan bilik air di dalamnya. Cadar ni dah memang sedia ada. Terpaksala pakai sebab cadar sendiri tak muat dengan tilam setebal 23 cm ni (ye kot). Bantal yang menipis dan terpaksa dilipat dua beserta selimut hijau ni adalah peneman suka duka saya sejak menjengah alam diploma di UiTM Dungun disember 2008. Beli pun dengan duit pemberian adik arwah abah, Pak anjang. (Ya Allah rahmati dia dan semua yang telah berjasa padaku dunia dan akhirat)

Cadang, sarung bantal dan bantal peluk doremon yang beli sekali dengan bantal ni pun masih elok lagi. Masih ingat; masa nak beli barang keperluan diploma ni pegi ngan abang nombor 5; Baraq. Naik bas Maraliner dari Muadzam dan tidur rumah MakNgah di Kuantan. Sebabnya Pak Anjang pas kat MakNgah duit nak beli barang dip ni. 

Dan masa tu kubur arwah abah masih merah lagi..
dia meninggal Ogos 2008
bayangkan kesedihan nak beli barang masuk dip tanpa abah. Dengan naik basnya, keadaan keluarga yang susah sampai barang keperluan pun beli atas ihsan orang. Dari kecik setiap tahun beli barang keperluan sekolah dengan arwah. Kalau tak ikut pun bila dia balik bawak barang2 baru; perasaan teruja tu masih segar dalam ingatan. Yang penting dialah yang membeli!

Ok tetiba sebak sambil menaip
..

sebenaqnya nak cerita before after katil nih..huhu


first, kita togelkan dia dulu.. then kita pakaikan baju baru ^_^





Tada...!! santek tak? cadar baru, bantal baru, sarung baru, n a comforter! ngihiii. Impian sekian lama. tengok anak orang kaya pakai kat uitm jeles. Tapi takpe, puas sebab beli ngan hasil titik peluh sendiri
Harga?




60 ringgit untuk comforter
29.97 ringgit untuk bantal

ni after less 50-80%. Sekarang tengah sale kat Parkson Metro Kajang. So I guess its time lah kan have a little more comfort while sleeping. huhu. Kalau tak sale idoknye aku nak beli weh..baik invest kat bisnes. lagi puas!

Sebenaqnya tujuan pegi semalam nak cari benda lain, termasukla kasut. sudahnya benda lain tu n kasut tak terbeli, beli ni je. huhu..sebab time limited. After work pukul 6 terus keluar dengan Ema my romate ke Metro Kajang. Kali ni tak sesat dah sebab navigation sihat hari ni. Kali pertama keluar ngan Ema cari barang pakai Waze nak cari Giant end up sesat. Berapa kali pusing 360 darjah. aduyaiii. Rupanya Giant tu plak kat dalam metro kajang je which is sy tahu di mana. 

Kat Parkson tu shoping bedak in2it ngan lipbalm, shoping bantal n set comforter ni. then had our dinner  (ema bukak pose) at Pak Hailam Kopitiam kat ground floor. Pertama kali makan pak hailam. ingat kan tak halal.heheh.


ni yang saya order; Wantan Mee ape tah namanya..bole tahan la rasa..tapi sebab rasa heavy jd tak enjoy sangat makan. Semenjak mengenal Herbalife ni rasa bersalah je nak makan off limit.hihi. dalam hati dah set lepas ni ak kene joging pusing kondo at least 2 round.huhuh

Cik ema pulak order Asam Laksa.
Banyak sangat bawang mentah dia dapat. Disebabkan dia tak makan dia bagi saya.
Pastu cuit2 la kuah dia n dia cuit2 mee saya, Last2 kitorang decide tukar.hahaha
Amik balik bawang dalam pinggan mee saya yang dah kat ema tu kedalam mangkuk asam laksa yang kat saya ni..hihihihihiiii

I tell u, this is one my best ever asam laksa i ever had in my life!
Ikan dalam kuah bnyak, ada nenas n daun pudina lagi tu. Agaknya ni stail cina.
Mee dia pun sangatttttt lah lembut. 
Sampai kering lah kuah mee tu kitorang hirup. 
Saya pulak peelnya tak leh tengok makanan bersisa, mee wantan ema yang tak habis tu saya habiskan. Padahal dia yang puasa, takpe, aku penuhkan perutku kerana rezeki ni Allah yang punya. Tak baik membazir. 

Dari kecik lagi..kalau abang nom 3 tu makan suka tinggal sisa yg bnyak n tak letak pinggan kat sinki. Amik banyak tapi makan secoet. Pastu nak cepat je kuar rumah balik sebab dia sara kami. Banyak urusannya Mak selalu bebel pasal bab mmbazir. Sayang makanan tu, susah nak dapat, kita bukan orang senang n bla bla bla..bebelan mak tu menyebabkan saya menghabiskan sisa abg dulu baru cedok nasi sendiri. Kesian dia keje penat2 nanti habis cepat pulak beras n lauk. Kadang2 tak cedok langsung sebab perut kita kecik, cepat kenyang..Orang lain habiskan sisa mak bapak untuk berkat, aku habiskan sisa abang!haha. tapi sisa mak kekadang dapat jugak

Anyway I will meet u again dear Pak Hailam Asam Laksa! I miss u already <3 
ngeheeee






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE
PM 01123772476 untuk sebarang persoalan