2nd time FIFA BALLON D'OR

2nd time FIFA BALLON D'OR
Herbalife congratulates Cristiano Ronaldo; 2nd time winner of FIFA BALLON D'OR *fueled by Herbalife!

Bantuan Diperlukan?Tanya Saya Bagaimana!!

Name:
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Turun Berat
Tambah Berat
Tenaga Bersukan
Pendapatan Sampingan/Sepenuh Masa

Put a website form like this on your site.
Showing posts with label WeMuslim. Show all posts
Showing posts with label WeMuslim. Show all posts

Thursday, September 18, 2014

#9 Cabaran 30 Hari: 5 Lelaki Yang Menarik Perhatianku

Tajuk ini amat mencabar. 
Sebab 5 lelaki itu adalah

1-Rasulullah SAW
2-Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA
3-Saidina Umar AlKhattab RA
4-Saidina Usman ibn Affan RA
5-Saidina Ali Abu Talib KWJ

tidak mungkin sama sekali ditandingi oleh mana-mana manusia pun dimuka bumi ini kecuali para Rasul yang lebih tinggi makamnya dari 4 Sahabat yg dijamin syurga ini, 
Jom mengenali mereka, pengorbanan dan perjuangan mereka demi Islam tertegak.
Jom baiki kelemahan diri kita, agar tidak menjadi fitnah pada agama..
Jom cintai mereka dengan lebihhhhhhh lagi!

Sajak Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaniahnya?

Jika engkau kenal peribadi nabimu pasti engkau akan jatuh hati padanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi padanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad SAW nabimu, seorang manusia teristimewa. Luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas, agar engkau kenal nabimu sendiri. Siapa dia yang sebenarnya? Dia adalah Muhammad anak lelaki Abdullah, ibunya Aminah, bangsa Quraisy dari Bani Hashim. Nasabnya hingga ke nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu: seorang anak yang tidak pernah bermanja pada ibu dan bapanya seperti orang lain.
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai Tuhan; iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan: Syurga, Neraka, dunia, akhirat, para malaikat, arasy, kursi, sirat, manusia, jin, haiwan jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW, yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya nabi yang diisra’kan dan dimi’rajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahanya yang terang. Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubro di akhirat dan orang pertama masuk syurga.
Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya.
Dia memiliki dunia dan akhirat sekalipun dia tidak boleh membaca dan menulis.

1. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA.
Baginda adalah khalifah yang pertama dan ditunjuk oleh baginda SAW secara tersirat. Beliau adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman. Datang dari keturunan Bani Tamim, iaitu dari kaum Quraisy. Naiknya sebagai pemerintah
telah disebutkan oleh Nabi SAW secara umum, dan secara tersirat juga. Umurnya sama panjang dengan umur Nabi SAW.
2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA.
Orang yang paling tinggi ilmu ketuhanannya di kalangan umat Islam dan merupakan Sahibul Zaman untuk zamannya. Datang dari Bani Adi, iaitu salah satu puak dari kaum Quraisy. Pelantikannya sebagai khalifah dibuat oleh sebaik-baik umat Muhammad SAW dan sudah dibayangkan oleh beberapa buah hadis. Umurnya juga sama panjang dengan umur Rasulullah SAW.
3. Khalifah Osman bin Affan RA.
Paling dermawan dan lembut hati kerana Allah. Datang dari Bani Umaiyah yang terkenal sebagai golongan pentadbir di kalangan puak Quraisy. Juga telah disebutkan naiknya sebagai pemerintah dan matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan. Beliau juga seperti di atas adalah salah seorang yang dijamin syurga.
4. Khalifah Ali bin Abi Talib KMW.
Paling alim di kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Sepupu Nabi SAW. Semestinyalah dari kaum Quraisy juga. Naiknya sebagai pemerintah memang sudah masyhur seantero alam, walaupun tanpa bantuan dari puak Syiah. Dari keturunan beliaulah lahirnya Imam Mahdi yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai itu.

Thursday, June 12, 2014

Amalan Sunat Sya'ban

Riwayat: 
 (al-Bukhari)

Kategori:

 Ibadah

Hadith: 
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith: 
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan

3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
ii. Bertaubat
iii. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sumber: JAKIM

Monday, April 28, 2014

Tudung

Baru-baru ni umum dikejutkan dengan kenyataan agak 'angkuh' dari mukabuku rasmi jenama tudung terkenal 'Fareeda'. Ternyata ia bukanlah kenyataan pengarah urusannya yang juga model tudung tersebut iaitu Puan Mawar. Tapi nasi sudah menjadi bubur; bila mewakili suatu jenama; individu atau syarikat siapapun yang menulis kenyataan tersebut telah menjatuhkan air muka Puan Mawar. Secara peribadi saya suka tengok muka Pn Mawar. Sangat cantik dan tenang. Kesian dia jadi mangsa tohmahan dan boikot yang sudah mula dilancarkan semenjak isu kenyataan bersifat bongkak oleh wakilnya di facebook.

Sebelum ni saya memang tak berminat dengan rekaan Fareeda. Iyalah setiap orang ada minat masing-masing kan..tapi disebabkan kontroversi yang timbul saya pun jengahlah laman web fareeda demi mencari apa tarikannya sehingga begitu ramai menciplak rekaan dan mengaut keuntungan jutaan ringgit. Mungkin tudung fareeda lebih kepada selera 30 tahun ke atas. Sebab ramainya gadis2 muda lebih suka pada shawl, pashmina, tudung sarung selapis, tudung labuh dan niqab/purdah. Lagpun bajet golongan seperti kami yg masih bergelar pelajar atau baru menjengah alam pekerjaan tidaklah mencukupi untuk sehelai tudung berharga ratusan ringgit.

Selera saya pula yang sibuk dengan kerja pejabat dan perniagaan sambilan; mahu yang mudah dan cepat selain mematuhi syariat. Tertarik dengan idea seorang blogger yang mereka trend baru dinamakan 'Tudung Mawar Fizo Omar' menggunakan bawal, saya yang kebetulan baru memborong tudung labuh berdagu (yang terlebih labuh pula) cuba mengikut cara yang ditunjukkan blooger tersebut supaya selesa dengan pemakaian tudung saya.

Tada..! Ok tak? abaikan mata nan kuyu di pagi hari ini. Hari ni datang pulak mood 'takde mood' nak ke pejabat. Huhu. dan saya hanya pakai bedak ya, tak pakai mekap lain. Ini jubah coklat milik mak sebenarnya. Jadi memang design orang tua. Tudung pun pening jugak cari yang match. salah pilih memang nampak ketuaan lah saya. Hari ni kali pertama saya menggabungkan jubah dan tudung ni serta brooch besar kat tengah2 tu. Dulu condemn ape ke pelik letak situ kerongsang besar gedabak. Tapi bila cuba sendiri ok jugak rupanya. Hari ni 1st day pi ofis dengan stail begini. Masa mula2 tudung ni sampai kat receptionist, kak norli dia yang bagi cadangan buat gaya macam mana. Siap follow up lagi tanya dah beli belom kerongsang beso nak letak kat tengah tudung.huhu. Jadi hari ni bila dah mula pakai pegi kat dia mintak pandangan lagi..tak tau napa sy suka manja2 ngan dia. Ok la bila dia puji. ada confident sikit dah..huhu. Maklumla sy jarang bergaya, takut mencuba dan selesa dengan kesederhanaan. Hope gaya ni tak melampaulah.. :-)

btw tudung ni saya jual!

saiz XL- 25 ringgit
saiz 2XL- 30 ringgit
saiz 3xl 35 ringgit

Thursday, November 28, 2013

Wawasan Akhirat Untuk Ammar

Salam..ramai yang terkesan dengan syahidnya seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Berikut adalah catatan peribadi ayahanda arwah..mari renungi bersama :-)


Aku begitu kagum dengan perjuangan mempertahankan aqidah Islam oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi ketika Turki dipaksa menganut faham Sekularisme melampau sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Tulisan Arab Uthmani (Osmanlica) ditukar ke tulisan rumi bagi memutuskan sebarang kaitan Turki moden dengan sejarah keagungan Khilafah Uthmaniyyah. Agama Islam dianggap sebagai musuh agenda pembangunan Turki.

Tika itu Imam Badiuzzaman Said Nursi berjuang mempertahankan aqidah umat dengan menulis Risalah an Nur sebuah kitab tafsir Al-Quran bersifat maudhu'i dan tauhidik bagi memberi perangsang kepada umat Turki untuk terus tetap mempertahankan Islam hatta sanggup berkorban nyawa sekalipun.

Memang banyak Jamaah yang memperjuangkan pemikiran Imam Badiuzzaman Said Nursi melalui Risalah an Nur, tetapi aku memilih Jamaah Hayrat untuk Ahmad Ammar kerana setelah ku selidiki jalur perjuangan dan kepemimpinannya jelas dari amanah dan wasiat Imam Badiuzzaman Said Nursi. Hoca (baca Hoja) Said Nuri yang memimpin sekarang menyambung amanah dari Hoca Ahmet Husrev Effendi yang terdahulu menerima amanah dari Imam Badiuzzaman Said Nursi.

Aku masukkan Ammar mengikuti Madrasah Jamaah Hayrat di Malaysia sebaik saja tamat peperiksaan SPM untuk mengikuti pengajian Risalah an Nur dan belajar Bahasa Turki. Jamaah Hayrat menekankan soal tauhid, akhlak dan khidmat untuk Islam. Tingkat yang paling tinggi di kalangan ahlinya ialah mewaqafkan diri seluruhnya untuk Islam.

Juga Jamaah Hayrat mementingkan untuk mempelajari tulisan Arab Uthmani agar setiap pelajarnya dapat menggali semula khazanah Uthmaniyyah yang tidak mampu lagi dibaca oleh Generasi muda Turki.

Inilah wawasan akhirat ku untuk Ammar. Beliau telah melaluinya dengan amat cemerlang sekali sehingga dipanggilmsegera oleh ALlah ta'ala ke pangkuanNYA kerana kesungguhannya mendekati ALlah ta'ala.

Bersambung.....


Surabaya, Jawa Timur 26/11/2013.
with Nur Azlina


Tuesday, November 5, 2013

Bettering My Solat in The New Islamic Year



There was a period during my teenage years when I questioned the purpose of solat. I didn’t really understand why I had to take a moment to stop watching my favourite TV show and bow in prostration (except to avoid my parents’ fury).
My understanding of the virtues of solat came after I went through periods of hardship and discovered the hard way that I had absolutely nothing or no one to rely on in moments of difficulty except for God. I began to pay closer attention to my daily prayers, and as I did so, I began to understand why God instructed us to pray at least five times a day.
1. Priorities, priorities
A human being can only live so many years. When I think about it, the pine tree behind my house probably has a longer life span than me. In order to live our limited life in an effective way, we need good prioritising skills.
Solat is a daily exercise to discipline our mind to focus on what should be our priorities: being a good human being, doing our best in our daily life, and preparing for the afterlife.
I find that by taking a pause in the midst of my activities to perform solat, I am able to step away from the “tornadoes” of my life and see the bigger picture. I am able to put things in perspective and return to my tasks with a clearer mind and a can-do attitude because I know, God will never test me beyond my ability (2:286).

2. Action and submission are the antidotes to despair
There are times when I become so stressed that my brain seems to be blocked by pent-up emotions. But as I take my wudhu and pray, the mere acts of splashing water on my body, standing up, bowing and prostrating gradually release that pent-up stress.
As I put my head to the ground – the most submissive position that a human being can make – my head tends to feel lighter and my heart, calmer. I’ve submitted myself and my problems to The Almighty. Somehow I know, my troubles will unravel by themselves.
Motivational gurus tell us that action is the antidote to despair. But random actions may lead us nowhere. Solat, with its rigorous schedule and physical movements, can serve as a means to shake off our despair or other negative internal states.
At the end of it, we have the opportunity to reaffirm our submission to God and ask His help to solve our problems. In my opinion, its elements of action and submission make solat a complete package of antidote to stress and despair.

3. Help is close… very close
One day, it dawned on me that no one could hear the supplications that I recited during my solat except The All-Hearing Himself. It reminded me that Allah is closer than my jugular vein (50:16) and I can call on Him at any given second.
As I go through the minutes and hours of my days, however, this comforting thought tends to slip away again and again. Taking the time to do solat at different times of each day gives me the opportunity to be reminded that God, my only and ultimate lifeline, is very close.
As we embark on another new year in the Islamic calendar, my hope for myself is that I can be a better Muslim with the time that I have on this planet. One of the ways that I hope to achieve this is by continuously trying to improve my solat and my understanding of this ritual.
Undeniably, it is not always easy. Therein lays the test for true Muslims, as expressed in the Qur’an:

“And seek help through patience and prayer, and indeed, it is difficult except for the humbly submissive [to Allah]”
(Al Baqarah 2:45)

Afia R Fitriati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE
PM 01123772476 untuk sebarang persoalan