2nd time FIFA BALLON D'OR

2nd time FIFA BALLON D'OR
Herbalife congratulates Cristiano Ronaldo; 2nd time winner of FIFA BALLON D'OR *fueled by Herbalife!

Bantuan Diperlukan?Tanya Saya Bagaimana!!

Name:
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Turun Berat
Tambah Berat
Tenaga Bersukan
Pendapatan Sampingan/Sepenuh Masa

Put a website form like this on your site.
Showing posts with label Cabaran 30 Hari. Show all posts
Showing posts with label Cabaran 30 Hari. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

#12 Cabaran 30 Hari: 5 WishList

ini antara wishlist utamaku buat masa ini..hehe

1- Supervisor Herbalife


This is where business really begins, sebab keuntungan runcit 50%! dan ada 5% komisen downline sebanyak 3 generasi. Kalau tidak ada downline pun no problem sebab untung runcit dah tinggi! ^_^

2-Ideal body weight, body fat, fitness
 


Saya daripada kecik macam2 penyakit dihidapi, macam2 ubat ditelan, sehinggakan penyakit2 tu menyebabkan kegemukan! Saya naik 10 kg dalam masa setahun, dan Alhamdulillah sekarang dah lost 11 kg!
Masih ontrack untuk berat dan bentuk ideal serta tahap kecergasan maksima, dengan mengamalkan healthy active lifestyle. Nak body cantik tak boleh bergantung produk je, hasil cepat, tapi kalau tak ada disiplin diri dia akan jadi naik cepat jugakkk.Jadi pemilihan makanan dan senaman berkala tu penting!

3-Umi dan emak yang sihat sejahtera..
Saya punya dua ibu, emak, isteri pertama dan ibu kandungku telah mengalami mild stroke selepas raya lepas, yang mana dia tidak dapat menggerakkan anggota badan sebelah kanan dalam tempoh beberapa jam. Bagai nak luruh jantung, nak tercabut nyawa saat mendengar khabaran itu, seharian di ofis hanya menangis tanpa henti..inilah  sebab utama saya mengambil keputusan letak jawatan di Kajang dan balik Pahang untuk menjaga pemakanan beliau. tambahan sepanjang ramadan dia langsung tak sentuh shake formula 1 yang saya belikan..bila dah raya dan tetiba melantak rendang bagai, badan jadi terkejut; tambah2 dia sudah berusia 59 tahun10 bulan..Sehingga jiwa saya tenang melihat kesihatan nya baru saya nak fikir perkara lain. pedulikla abang2 nak maki pun aku berenti..

Umi, isteri kedua, sebaya emak, punya tiga anak dari darah arwah abah juga, maknanya kami adik beradik kandung..orang suka menafsir kami sebagai adik beradik tiri..
Umi telah didiagnos dengan kanser payudara tahun lepas..masa tu kami tengah sibuk dengan urusan perkahwinan abang kelima yang paling rapat dengan mereka 3 beradik, dan paling membantu dari sudut kewangan..Majlis perkahwinan abang tak dapat mereka hadiri kerana masing2 masih terkejut dan sedang cuba berusaha menerima suratan takdir, tambah2 kanser umi sangat cepat merebak..

Bulan lepas, sebelah payudara umi telah dibuang..
Kami sedang berusaha dan berdoa sebanyaknya semoga umi sembuh. We are positive, and will always encourage her.

4-Umrah/Haji

Impian semua muslimin kan? saya target umrah at least dalam 5 tahun, dan haji, dalam 10 tahun dengan pakej mahal sedikit. sebab kalau pakej biasa2 ni kena tunggu sampai 20-60 tahun!wuwuwuwu. Thats y i choose to work hard now in business. I believe I will and I can!


5-Berkahwin dengan si dia
Kusyukuri pertemuan dengannya, perkenalan biasa sahaja, tetapi dia miliki segala ciri idaman sy. Bekerja di Singapura sejak tamat belajar, campuran Melayu dan Cina, jarak usia kami lebih 10 tahun, kematangannya antara yang menawan hatiku. sangat menyokong perniagaan sambilan sy, dan keputusan meletak jawatan ini tanpa sedikitpun merendahkan impian sy. Malah dia mengenalkan sy dengan seorang motivator luar negara untuk belajar lebih tentang self development dan business development. Bila sy down kerana hentaman hebat keputusan meletak jawatan ini, dia menasihati dengan tenang dan memberi saya beberapa ayat2 amalan yang boleh menenangkan jiwa dan memperoleh bantuan Allah. Antaranya ialah bacaan Ayat 5 yang sememangnya menjadi bacaan sy sekali sekala..rupa-rupanya ia antara amalannya setiap hari! MasyaAllah, semakin sy kenali dia, semakin sy tertawan, biarpun tinggal di kota moden, singapura, dia tidak tergolong dalam hambaNya yang lalai dan lupa diri, malah kejujuran dan amalannya sangat dikagumi. hanya dalam sujudku berdoa agar dia untukku, dan aku untuknya..amin3.
Seronok berbicara seperti rakan, abang, rakan perniagaan, motivator, penasihat agama, dan kadang2 berbahasa cina dengannya!hehe. Mujur ambil mandarin di uitm dulu ^_^
Tidak dilupakan; majlis yang simple, syariah compliance dan meriah macam pasangan ini.. <3 <3 <3


6-More Islamic classes
7-More giving
8-More Rich
9-Lamborghini 
10-Mansion

basic 10 of my wishlist, yang bila dipecahkan dia jadi berpuluh-puluh lemon  impian..hehe
I believe I can, InsyaAllah I will!
Amin3

ENTRY LAIN CABARAN 30 HARI:
CABARAN 4: BUKU KEGEMARAN

#11 Cabaran 30 Hari: Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

ermmm..
Puas nak fikir ni..banyak yang memalukan pun ade..huhuu
okay, kenangan pertama ialah kakak, masa tu umur kami dalam 5&7 tahun seorang, kakak ni dia pergi panjat pokok dan nyanyi lagu yang famous masa tu by minah saleh yang tak ingat namanya. Bila cerita kat abang2 sampai ke hari ni kakak jadi kena ejek. walaupun umur dia dah 26, ada anak sorang.hahahaha. Kakak ni tomboy siket sebab atas dia 5 jejaka.kih3.Tapi yang pelik tu, bila keluar rumah je dialah gadis melayu terakhir. Sopan dan alimah ya Rabbi! Mungkin berkat didikan dan doa parents ;-)

Kes kedua, abang sulung, masa di kampung, wan @ nenek bagi duit untuk beli sekilo gula. End up dia beli sekilo gula-gula!!hahahaha. itulah jadi bila mintak budak kecik beli gula. sebab gula-gula je dia kenal.kih3

Erm tu je la kot setakat ni..kalau teringat lagi den update. hehe

Wassalam and thanks reading!



#10 Cabaran 30 Hari: Apa Di dalam Beg Tangan Seorang Business Lady

Bismilllah.

-telefon bimbit
-purse
-kunci rumah& bilik

Benda wajib yang ada dalam handbag sy; yang mana kalau takda jadi tak tenteram jiwa dan kekadang jadi masalah dunia . Jadi masalah dunia sebab sy Herbalife Independent Distributor di 94 buah negara. Customer dari dalam dan luar negara.huhuh.




-kalkulator saintifik
untuk kira-kira bisnes.dibeli dari zaman sekolah-abang terambil, beli sama jenis semasa di uitm sebab terdesak, malas tunggu pos. so umur nya dalam 5-6 tahun jugak. sangat sayang dan best pakai. siap pakaikan sarung leopard pinky.heheh.

-Herbalife Business Presentation File
untuk sebarang rujukan tentang analisa badan dan lemak, rujukan produk, harga, dll

-Herbalife Executive Planner
untuk mencatat dan menguruskan latihan perniagaan, self development, appointment, follow up coachee; kuliah agama, volunteering dll

-Buku sistem Bayanihan
Sistem Kelab di aplikasikan daripada sistem Bayanihan Herbalife Filipina. Selepas letak jawatan 30/9/2014 ni akan pergi Intensive Training selama 10 hari untuk operate kelab sendiri. Jadi beli buku ni siap2 untuk pre-reading..
Semoga dimudahkan jalanku..amin3

-Buku teks KPP Kelas D Manual Baru
Ha, ini jenuh sikit..tebal kemahen!Dulu comey je bukunya, tapi disebabkan lambat amik L dah tersangkut kat kokurikulum baru..nak tunggu buku ni agak lama nak sampai, nak khatam nya memang ke laut la bagi orang sibuk kerja ofis dan bisnes parttime macam aku. sebab tu bila nak resign tanpa ada L dan tanpa setel kereta kena tadah telinga dengan caci maki abang2.


okay, yang ni rare sikit. First try business buku online.hehe
bukunya tentang arwah Rezaimen Keiflin , anak kedua selebriti Linda Rafar yang meninggal akibat kanser tahap 4 Julai lalu..
Alhamdulillah 39 posted, 8 COD & Pickup, 2 reserved, 1 bacaan sendiri. 
Total=50.
Order 100 tapi sebab tak cukup stok, dapat 50 je..
dan order still masuk ni! kesian customer..huhuu
Tunggu second batch lah nampaknya..



Thursday, September 18, 2014

#9 Cabaran 30 Hari: 5 Lelaki Yang Menarik Perhatianku

Tajuk ini amat mencabar. 
Sebab 5 lelaki itu adalah

1-Rasulullah SAW
2-Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA
3-Saidina Umar AlKhattab RA
4-Saidina Usman ibn Affan RA
5-Saidina Ali Abu Talib KWJ

tidak mungkin sama sekali ditandingi oleh mana-mana manusia pun dimuka bumi ini kecuali para Rasul yang lebih tinggi makamnya dari 4 Sahabat yg dijamin syurga ini, 
Jom mengenali mereka, pengorbanan dan perjuangan mereka demi Islam tertegak.
Jom baiki kelemahan diri kita, agar tidak menjadi fitnah pada agama..
Jom cintai mereka dengan lebihhhhhhh lagi!

Sajak Apakah engkau benar-benar kenal Nabimu?
Iaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaniahnya?

Jika engkau kenal peribadi nabimu pasti engkau akan jatuh hati padanya.
Engkau akan cinta, engkau akan menyebut selalu namanya melalui selawat dan ingatan terhadapnya.
Engkau akan terasa terhutang budi padanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Muhammad SAW nabimu, seorang manusia teristimewa. Luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala.
Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas, agar engkau kenal nabimu sendiri. Siapa dia yang sebenarnya? Dia adalah Muhammad anak lelaki Abdullah, ibunya Aminah, bangsa Quraisy dari Bani Hashim. Nasabnya hingga ke nabi Ibrahim.
Dia adalah anak yatim piatu: seorang anak yang tidak pernah bermanja pada ibu dan bapanya seperti orang lain.
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin.
Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai Tuhan; iaitu yang diberi nama Nur Muhammad.
Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan: Syurga, Neraka, dunia, akhirat, para malaikat, arasy, kursi, sirat, manusia, jin, haiwan jamadat dan lain-lainnya.
Ertinya kalau bukan kerana Nabi Muhammad SAW, yang lain tidak akan diwujudkan.
Kalau begitu, rupanya nabi kita membawa rahmat zahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan.
Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad di kalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya nabi yang diisra’kan dan dimi’rajkan.
Mukanya laksana bulan purnama kerana cahanya yang terang. Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia.
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubro di akhirat dan orang pertama masuk syurga.
Al-Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya.
Dia memiliki dunia dan akhirat sekalipun dia tidak boleh membaca dan menulis.

1. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq RA.
Baginda adalah khalifah yang pertama dan ditunjuk oleh baginda SAW secara tersirat. Beliau adalah sebaik-baik umat Nabi Muhammad SAW sepanjang zaman. Datang dari keturunan Bani Tamim, iaitu dari kaum Quraisy. Naiknya sebagai pemerintah
telah disebutkan oleh Nabi SAW secara umum, dan secara tersirat juga. Umurnya sama panjang dengan umur Nabi SAW.
2. Khalifah Umar bin al-Khattab RA.
Orang yang paling tinggi ilmu ketuhanannya di kalangan umat Islam dan merupakan Sahibul Zaman untuk zamannya. Datang dari Bani Adi, iaitu salah satu puak dari kaum Quraisy. Pelantikannya sebagai khalifah dibuat oleh sebaik-baik umat Muhammad SAW dan sudah dibayangkan oleh beberapa buah hadis. Umurnya juga sama panjang dengan umur Rasulullah SAW.
3. Khalifah Osman bin Affan RA.
Paling dermawan dan lembut hati kerana Allah. Datang dari Bani Umaiyah yang terkenal sebagai golongan pentadbir di kalangan puak Quraisy. Juga telah disebutkan naiknya sebagai pemerintah dan matinya sebagai syahid juga sudah disebutkan. Beliau juga seperti di atas adalah salah seorang yang dijamin syurga.
4. Khalifah Ali bin Abi Talib KMW.
Paling alim di kalangan umat Nabi Muhammad SAW. Sepupu Nabi SAW. Semestinyalah dari kaum Quraisy juga. Naiknya sebagai pemerintah memang sudah masyhur seantero alam, walaupun tanpa bantuan dari puak Syiah. Dari keturunan beliaulah lahirnya Imam Mahdi yang selalu disebut-sebut oleh orang ramai itu.

Monday, September 15, 2014

#8 Cabaran 30 Hari: 5 Lagu Cinta Kegemaranku.

Bismillah
Lagu cinta ni meluas kan?
bukan setakat cinta pada kekasih tapi cinta pada Kekasih teragung dan kekasihNya pun boleh kan?
Saya pulak jenis tak layan sangat lagu cinta manusia. 
Dan kalau ada yang saya suka pun tak baik nak share sini.
Baik saya share lagu2 cinta yang tak melalaikan ^_^
Saya share sebahagian liriknya yang best.nanti ada masa sy bagi link audio/video nya ye..

Lagu cinta pertama:

CINTA AGUNG
dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Qathrunnada, 
Lagu ini sangat menyentuh ke lubuk sanubari hati. tidak pernah bosan melagukannya.
antara liriknya yang paling menyedarkan saya:

Ya Allah Engkau sumber bahagia, 
Engkau sumber keselamatan,
ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Diwaktu sakit Kau sembuhkan
Diwaktu lapar Kau beri makan

Jangan tinggalkanku tanpa pimpinan
Pinpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku...

Lagu cinta kedua

Akibat Cinta Dunia (Mawaddah)

nasyid ni berunsur nasihat dan keinsafan.
Menyedarkan diri bahawa hidup itu perlu bersederhana kerana dengan cinta dunia dan takut mati kita akan hidup dengan penuh kealpaan dan lalai akan kehidupan akhirat.
lirik yang best dan mendidik jiwa:


Cintakan dunia membuaikan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cintakan dunia yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

Akhirnya timbul perpecahan di kalangan manusia
Pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun
Yang membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia

Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan

lagu cinta ketiga

Bagaimana Aku Tidak MenyembahMu (Mawaddah)
Menyedarkan diri ini HAMBA padaNya. bahawa setiap detik turun nafas ini dia beri secara percuma. sedangkan nak naik teksi pun masuk2 dah telan 3 ringgit! Maha Pemurah, Maha Kayanya Dia..

Tuhan bagaimanalah aku tidak menyembahmu
Sedangkan aku hambaMu
sedangkan kewujudanku tanpa kupinta 
ia adalah dengan iradatMu
yang mengandungi hikmah

bagaimana aku tidak bersyukur kepadaMu 
segala yang aku miliki kurniaanMu 
bagaimana aku tidak mengagungkan 
dan membesarkanNya 
segala yang ku lihat 
menggambarkan kebesaranMu 

bagaimana aku dapat melupakanMu 
kasih sayangMu dapat ku rasakan 
ia berlaku di setiap masa dan waktu 
bahkan turun naiknya nafasku itu 
salah satu dari kasih sayangMu 
kasih sayangMu 

Lagu cinta keempat

Balada Keinsafan (Mawaddah)
Bila hadapi kesukaran dalam perjuangan kehidupan, ini antara lagu2 kegemaran untuk didengari selain 4 yang tersenarai di sini ..ia sangat memberi saya satu kekuatan!


Dengan nikmatMu jadikan aku bersyukur
Dengan balaMu jadikan aku bersabar
Dengan takdirMu jadikanku redha
Dengan masa depan jadikanku tawakal
Tuhanku dengarlah rintihan dan harapanku
Engkaulah tempat bergantung dan tempat mengadu

Tuhan 
Hanya Engkaulah cinta agungku
Masukkanlah dalam hatiku cintakanMu
Peliharalah hatiku dari segala mazmumah
Ampunkanlah dosa-dosa dan kesalahanku

Terimalah taubatku atas dosa-dosaku
walaupun selepas itu kulakukannya lagi
kerana nafsu ada dalam diriku

Ku takmungkin kan terlepas dari dosa

perangkapnya bertaburan dibumiMu
Kesalahan dan kesilapan selalu berlaku..

Aduh Tuhan kotornya diriku ini

dengan najis dosa yang selalu memburu
bantulah aku lari dari perangkapnya
atau ampunkan aku dengan rahmatMu..

Lagu cinta keempat

Bisikan Malam (UNIC)
Hidup ini penuh cabaran kan? KepadaNya lah kita kembali, merintih dan mengadu di tengah malam. TAPI ingat, bukan dikala senang sahaja..


Tuhanku... 
Di malam syahdu ku merayu 
Ampunilah segala dosaku yang lalu 
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu 
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu 

Tuhanku... 
Usah Kau biarkan diri ku 
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu 
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu 
Hidup matiku hanyalah untuk Mu 

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran 
Suburkan jiwa ku dengan keimanan 
Hanya pada Mu Oh Tuhan 
Ku sandarkan harapan 

Lagu cinta kelima

Lafaz Yang Tersimpan (UNIC)
Dulu saya seorang anak yang kurang menghargai emak. dengan tutur kata mahupun perbuatan, saya berani mengaku dulu saya anak derhaka. Lagu ini antara yang menjentik hati untuk berubah dan menyayanginya dengan lebih ikhlas. Tambahan pula saya kenali lagu ini setelah abah meninggal dunia..saya tidak mahu tidak sempat meluahkan kata2 sayang kepada emak juga...

Luluh hatiku yang sayu


Menatap wajahmu tenang dalam lena

Kasih zahirkan laku

Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan

Tuesday, September 9, 2014

#GengCabaran30Hari

Bismillah.
Assalamualaikum!

Saya ni baru nak activate blogging. Sebenarnya ni blog kedua saya. Nak lebih personalise dan nak restart fresh dalam dunia blogging. So saya joinlah Abang Ben punya challenge, : Cabaran 30 Hari tu..

Tiba-tiba terfikir best jugak dapat banyak kenalan dari sini, sebab Cabaran 1 je dah cakap pasal diri owner blog tu..Tapi masalahnya pening nak cari dalam blogger2 saya follow siapa yang join. Malas nak menapis-napis, maka saya post je kat group FB Blogger abg Ben dan dapatlah geng akhirnya! Syarat saya senang je, siapa yang bagi link 1st entry dia. Itu yang saya akan follow, terjah setiap minggu dan add dalam bloglist saya.

Berikut sebahagian kenalan baru yang dah jadi geng saya. yeaaa

**pst kalau berminat nak join tinggalkan link 1st entry anda di ruangan komen k!

Belog Cik Puan Eka
Eraz Fadli
Nur Farahuda's Blog
~*aKu BaHaGia
Diari Hati Seorang Hamba Allah
Loqman Norazman
Fayreen Mizan
Pinky Lynn
XDramaQueen


#7 Cabaran 30 Hari Blogger: Sejauh mana Pendidikan Itu Penting Bagi Saya



Pendidikan Rasulullah tersendiri,
Ada matlamat dan azam yang tinggi,
Laa Syaqiyyah wa Laa Gharbiyyah,
Tidak timur dan tidak barat.

Ia tali Islamiyyah insya-Allah sunnah Nabi,
Pergaulan lelaki dan wanita terbatas sekali,
Bukan hanya makan gaji bukan untuk digree,
Tapi untuk berdikari untuk menjadi ‘abid pemuja Allah.
Deep maksud lirik nasyid di atas ni kan? saya pernah dengar lagu ni, tapi tak pasti siapa penyanyi asal..Pelajaran dan pendidikan punya maksud yang berbeza. 
Pelajaran= belajar, datang sekolah, dengar cikgu mengajar, buat latihan, buat kerja sekolah, kalau salah guru betulkan.
Pendidikan= Memahami dan mengamalkan. Individu yang terdidik itu dia akan sentiasa mengamalkan ajaran gurunya. tidak kira bidang apa pun. Contoh, guru pendidikan jasmani menegur seorang anak murid kerana berjalan tanpa membongkok sedikit bila di hadapan guru-guru lain. Dan anak murid itu menerima teguran itu dan sejak itu dia sentiasa bongkok sedikit bila melintasi guru-guru..tidak perlulah guru PJ itu bergelar utstaz, tetapi dia telah berjaya mendidik seorang anak menjadi manusia beradab. 

Dengan pendidikan kita akan kenal Allah. 
Bukankah awal-awal agama mengenal Allah??
Sayang sekali di sekolah hatta universiti subjek agama begitu sekejap, sedangkan bumi ini Allahlah yang punya, segalanya Allah lah yang atur, segala rezeki Allah lah yang bagi. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa ramai umat islam yang muslim di paginya dan kafir pada petang/malamnya. Kerana apa? kerana kita tidak begitu terdidik mengenali Allah. Melalui sikap, tindakan, kata-kata, dan pemikiran , seseorang mudah sahaja tergelincir iman dan akidahnya. Apatah lagi gerakan Syiah dan Wahabi sudah semakin memvirus dalam masyarakat. Sedih mengenangkan ramai kenalan begitu menyanjung penceramah/pemimpin syiah dan wahabi..Nauzubillah..

Dengan pendidikan akan mengangkat darjat seseorang di sisi Allah. 
Allah swt berfirman di dalam KalamNya, bahawa Dia meninggikan darjat hambaNya dengan ilmu dan takwa. Begitu sekali kepentingan pendidikan! Sehingga mengangkat darjat kita disisi Allah Azzawajalla. Beruntunglah anda seseorang itu punya pendidikan tinggi dan punya ilmu, amal dan takwa yang tinggi. Jadi para pembaca sekalian, jangan pernah berhenti mencari ilmu! biarpun anda hanya punya SRP, PMR, SPM, STPM , atau UPSR sahaja, itu semua tidak menentukan tahap ilmu anda semata! banyaaak lagi ruang dan peluang untuk belajar walau apa bidang pun kerana bumi Allah ini luas amat!Subhanallah. 

Pendidikanlah yang mengawal akhlak seseorang. 
Dunia tanpa sempadan yang kita diami kini sudah semakin menyeramkan, dan huru hara! Kerana semua orang sudah semakin tidak kenal Tuhan lantas kehilangan akhlak dan adab sesama makhluk, kepada Rasulullah saw dan paling penting kepada PenciptaNya! Nauzubillah..
Akhbar M**** umpanya, isu2 rosak akhlak ummat lah modal mereka melakukan perniagaan. Boleh dibaca saban hari kes2 rogol, bunuh, buang bayi, khalwat, zina, judi, kelab, pelacuran, ponteng sekolah, vandalisme, dera, liwat, MASYAALLAH , apa sudah jadi dengan masyarakat kita ???

Sedih, sungguh menyedihkan..
lantaran aku terlalu lemah dan daif serta tidak punya kuasa apa untuk membetulkan kerosakan ini melainkan doa..

Pendidikan Menentukan Masa Depan?
Ramai orang menganggap kalau dah gagal pmr, gagal spm, gagal exam university, kena tendang U, hidup sudah tiada masa depan, tiada makna lagi sehingga tergamak mencabut nyawa sendiri kerana tidak tahan ujian tersebut..Saya secara jujur, daripada seorang 5A UPSR, 8A PMR, terus drop down dapat 3A je SPM. Tak sedih langsung! haha. sebab saya yakin, ia bukan penentu masa depan saya, cumanya saya yang malas belajar sungguh-sungguh akibat tekanan masalah peribadi, masalah kesihatan dan kemiskinan keluarga. kalau baca entry cabaran #3, saya ada cerita sikit pasal ni.

Alhamdulillah Allah Maha Kaya, dengan SPM cukup makan tu saya dapat masuk UiTM, dengan lidah suka berpidato dan berdebat ni saya aktif debat bahasa inggeris di UiTM dan tetap punya kawan, kenalan serta kehidupan penuh warna-warni. Malahan bila diuji kesakitan dan kegagalan demi kegagalan dalam peperiksaan U, serta keluar UiTM dengan CgPA sangat tak cukup makan, saya masih punya kerjaya! Hanya berbekalkan diploma analisis pelaburan, saya bekerja di firma saham. Dengan direzekikan rumah syarikat, serta api dan air free! Ya Allah, indahnya cinta-Mu.. Peluang demi peluang, rezeki demi rezeki, anugerah demi anugerah buat insan yang yakin dan sabar dengan ketentuanNya.

Dengan berbekalkan pengalaman2 debat di U jugak saya dapat melakukan perniagaan sambilan buat tambah pendapatan dan membina kehidupan yang diimpikan, biarpun tidak cemerlang dalam pelajaran. Saya pernah jumpa orang kaya-raya dan jutawan yang akademiknya hancur! tetapi mereka terdidik dengan cemerlang dalam UNIVERSITY OF LIFE milikNya..mereka belajar dengan orang yang betul, belajar dari kesilapan, dan sentiasa membaiki diri sehingga mencapai tahap mereka sekarang.

Benarlah. Pendidikan penentu masa depan. TIDAK KIRA bentuk bagaimana pendidikan itu, sama ada secara formal di dalam kelas ber-aircond atau di bawah terik mentari melakukan perniagaan dsbg, jika disertai dengan tindakan tepat dengan apa dipelajari, apa pun yang dilakukan tetap akan memperolehi kejayaan yang diimpikan. yang penting ENJOY THE PROCESS!!

till then, thanks reading!
Wassalam





















 





#6 Cabaran 30 HAri: Apa Saya Makan Hari ini- Hari Mentekedarah



Hari ini hari cheat day.
Kesahnya…
sebab ari ni sabetuuuuuu!!heheh
penyakit M melanda...
sebab hari keroje pagi ke malam dok ofis kan..
Lagi pun kan, semalam punya kueteow goreng yang kunun beli untuk sarap tu tak habis..tak baik membazir, selagi tak basi kita kena selamatkan. malu la kat anak2 murid tadika kalau tau ustajah yg ajar hadis "membazir sahabat syaitan" ni lah yang ratu membaziaq! so dipanaskan pagi tadi beserta sedikit touch up supaya kena cita rasa sendiri ^_^

Lunch pulak panaskan lauk bungkus  petang semalam kat bibik (makcik kantin kafe ofis). Ayam rendang and sayur togey. Sebabnya tak sempat nak ke pasar semalam. Dan tak ada kedai jual sayur-sayuran selepas tengah hari memandangkan pasar besar kajang betul2 dekat dengan tempat kerja. Dan sebab rumah kita di puncak bukit nan tinggi melangit. Tak mampu den nak turun cari makanan dan mendaki balik. Tak mampu juga nak pizzahut atau kfc delivery. Sat lagi 6 jam aku kena larik pusing kondo ni demi nak bako balik kalori2 yang melampau dalam makanan2 segera tu. Dahla makanan proses pulak kan..uhuu

Petang sikit lapar balik. So gorenglah nasik…
Kemudian tiba-tiba dapat call orang nak beli produk. Alhamdulillah rezeki..
Selepas perbincangan dia nak jumpa hari esoknya, ahad. Tetapi saya ada Klinik Usahawan dengan Dr Azizan pulak..dan dia sangat tak tahan, nak segera!huhuuu.
sebab dah lama cari lepas lost contact dengan coach sebelum ini. Ada try call satu nombor dapat kat internet tak berangkat, satu nombor lagi pulak jauh sangat..dan saya pilihan ketiga, maka dengan sayalah jodohnya untuk menjadi coach..Allhamdulillah…

Nak meeting dengaan bakal coachee saya ni saya kenalah cukup barang..dan dia nak makan murah, bermakna kenalah signup, dan IBP Herbalife tak ada pulak dalam simpanan saya..beserta dengan scanner khas yang diguna Herbalife Coaches seluruh dunia.

Tak kira dia tu Doktor ke, Nurse ke, bekas engineer ke, bekas guru ke, bekas arkitek ke, kami guna scanner khas yang ini, yang mana hanya Herbalife Independent Distributor memperoleh diskaun 50% jika membeli scanner ini. Bukan Herbalife Distributor harganya dalam 700-800 ringgit. Memandangkan saya tak ada keduanya dalam simpanan buat masa ini, maka saya terpaksa pinjam dengan sahabat tersayang Syahkila di Desa Tun Razak , Bandar Tasik Selatan..

Alkisahnya dia tak da di rumah sepanjang hari..jadi saya kena datang lewat sikit. Akhirnya pukul 10 meninggalkan kondo, menuju ke stesen ktm..Sampai di KTM saya beli pulak secawan jagung manis akibat kelaparan.

Sampai di Terminal Bersepadu Selatan, kerana belum cukup kenyang gayanya dan disebabkan call Qila tiada berangkat kerana mati handphonenya maka saya pun menyinggah lagi di kedai makan…selesai makan dalam jam 1130 pm. gila! Berapa kali tah melantak hari ini..maklumla, orang gastrik special case sikit.heheh.

In short, hari ni adalah hari cheat day.. :'(
Sekali pun tak cuci usus, sekali pun tak detox, sekali pun tak masukkan nutrition lengkap ke badan, 10 minit pun tak fit hour! Selain memasak,dan berjalan sesikit,  berapalah sangat bakonye…uhuhuuuuu.. T_T

NVM, esoknya buleh cover balik! makan dengan kalori lebih rendah, definitely akan banyak berjalan sebab nak travel untuk berguru dengan mentor kekayaan dan kejayaan , multibillionair dr Azizan Osman, dan detox balik dengan produk2 Herbalife!!yeahhh

Till then
Wassalam and thanks reading! ^_^

ENTRY LAIN CABARAN 30 HARI:

CABARAN 1: GAMBAR TERBARU DAN 5 FAKTA TENTANG SAYA 
CABARAN 2: 5 CARA MEMENANGI HATI SAYA
CABARAN 3: SESUATU YANG MENGUATKAN SAYA
CABARAN 4: BUKU KEGEMARAN
CABARAN 5: PERKARA YANG INGIN DIKATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH



#5 Cabaran 30 Hari Blogger: Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih

wow. tajuknya...sungguh tak general.hikhik.
kita mana ada ex bf sebab kita takda bf pom..ihihii.
cinta monyet tu penah la ade..sebulan je..and kisahnya..rasa bersalah dan tawar hati pulak bila dah 'declare' tu..so saya berdoa sungguh2 kat Allah agar clash kan kami, tak kisah la macam mana pun rencanaNya , tapi yang penting saya nak hubungan haram sebelum nikah ni putus.

Ditakdirkan..selepas 'declare' tu, selama sebulan je bertahan. Sepanjang tempoh tu kami tak pernah bergayut phone berejam-rejam, tak dating-mating. dan bla3...takde pun..ALhamdulillah..

kepada si dia yang entah baca entahkan tidak nukilan ini..
Pertama ingin  kuulangi lagi kata2ku sewaktu kita masih berhubung dulu, dengan gadis, berkawan itu boleh, tapi jika ingin bercinta, kau teruslah ke rumah ibu bapanya. Buktikan keseriusan mu itu. Itu caranya membuktikan cintamu. Bukan sekadar bercakap, tapi berbuat!

Kedua, usahlah membanding-banding diri kamu dengan orang lain, jangan menghina diri di hadapan manusia,  Pendidikan kamu tidak seberapa tidak bermakna kamu hina di hadapan Allah. Menghina dirilah dihadapanNya, maka dengan itu darjat kamu akan semakin terangkat disisiNya..

Ketiga, be serious! Seriuslah mencari rezeki, dan merubah nasib diri agar kamu boleh membanggakan diri dan keluargamu, agar kamu boleh menanggung kehidupan anak orang..

Keempat, gadis bukanlah pakaian, usah dibuat seperti barang pakai buang, putus dengan si A hari ini, bina dengan si B minggu depannya. Fokuslah dalam mencari isteri sebagai penyambung zuriat yang soleh solehah, bukan perempuan setakat penyedap mata dan ayat.

Kelima. TERIMA KASIH. kerana kau tidak putus asa berusaha mendapatkanku sehingga dua tahun lamanya, mula-mula kau hulurkan persahabatan dan kukira ia ikhlas, tetapi akhirnya kau melamar dan aku menolak kerana Allah dan ibu bapaku..berkali-kali begitu sehingga 2 tahun lamanya..dan akhirnya aku menerima mu untuk sebulan. aku tetap berterima kasih kepadamu kerna pernah mengasihiku, dan membahagiakanku dan kisah kita yang singkat itu akan menjadi pengajaran amat2 bermakna dalm hidupku sampai bila-bila..

Semoga Allah mengurniakanmu jodoh yang solehah, memurahkan rezekimu dalam pekerjaan mahupun perniagaan dan menjadi kaya dan berjaya!

Wassalam

:-)

ENTRY LAIN CABARAN 30 HARI:

CABARAN 1: GAMBAR TERBARU DAN 5 FAKTA TENTANG SAYA 
CABARAN 2: 5 CARA MEMENANGI HATI SAYA
CABARAN 3: SESUATU YANG MENGUATKAN SAYA

CABARAN 4: BUKU KEGEMARAN








#4 Cabaran 30 Hari Blogger: Buku Kegemaranku

Bismillah..
saya ni mood membaca tak menentu, kalau rajin buku setebal 300-500 page boleh habis dalam 2hari je. Novel apa lagi kalau bukan Harry Potter !zaman muda mudi iaitu di alam persekolahan sehingga sebelum masuk uitm rajin la..hehe. Masa tu agak gila novel. Terutama Ramli Awang Mursyid. Berjangkit dengan kakak. Kami siap join group fb RAM lagi.hee

Kenapa paling suka RAM? sebab dia takla jiwang karan semata-mata..dia sentiasa selitkan pengajaran dan unsur keagamaan. Jadi membaca tu tidaklah melalaikan sangat, kita macam baca buku agama pun ya. lagi sebab kuasa thriller nya. Debaran membaca novel dia tu, fuuuh. sampai terberenti la baca, sambung esok2 nya pulak..dan disebabkan itu jadi takut nak baca, atau tak baca dengan penuh penghayatan dah sebabkan takut dengan thriller dan suspennya..so makin lama makin slowkan baca..sehinggalah sekarang dah tak update sangat keluaran terbaru atas sebab kesibukan..banyaknya membaca 'muka buku' je tentang isu2 semasa Malaysia dan Gaza sekarang..huhu

Above all ada satu buku yang kalau dibaca sentiasa memberi ketenangan, bahkan kalau dibaca dalam keadaan lalai pun satu huruf dapat satu pahala!ada beratus-ratus bahasa dalam dunia ni yang menterjemah buku ini.  kalau baca tafsirnya pulak...khusyuknya sampai habis bermuka-muka..indahnya Kalam Allah! yang terindah dan terhebat, buku kegemaranku, Alquran al Karim.

Have you had your Quran reading today ?^_^







ENTRY LAIN CABARAN 30 HARI:

CABARAN 1: GAMBAR TERBARU DAN 5 FAKTA TENTANG SAYA 
CABARAN 2: 5 CARA MEMENANGI HATI SAYA
CABARAN 3: SESUATU YANG MENGUATKAN SAYA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE
PM 01123772476 untuk sebarang persoalan