2nd time FIFA BALLON D'OR

2nd time FIFA BALLON D'OR
Herbalife congratulates Cristiano Ronaldo; 2nd time winner of FIFA BALLON D'OR *fueled by Herbalife!

Bantuan Diperlukan?Tanya Saya Bagaimana!!

Name:
Email Address:
Phone Number
Address
How can I help you? Turun Berat
Tambah Berat
Tenaga Bersukan
Pendapatan Sampingan/Sepenuh Masa

Put a website form like this on your site.

Thursday, September 4, 2014

#2 Cabaran 30 Hari Blogger: 5 Cara Memenangi Hati Saya


Baik dia seorang teman atau keluarga, 
saya amat mudah terasa dan mudah dipujuk sbenarnya.
kadang2 terpujuk sendiri.

1- contoh, saya ada sorang kawan nama dia Syahkila. Kawan bilik sebelah masa sem 1 UiTM Dungun , Kolej Redang 3. Sem 2 terpisah kolej, sem 3 dan seterusnya pulak saya dah bertukar kampus ke UiTM Segamat.
Tetapi pada tahun 2012 kami bertemu semula dengan izin Allah dalam Seminar Latihan Kejayaan untuk perniagaan sampingan kami. Alhamdulillah semenjak tu kami terus berhubung. Dengan dia lagilah saya manja. Saya suka marah dan merajuk dan juga bergaduh dengan dia. Perangai selamba dengan dia tu lah perangai sebenar saya dengan kakak saya.  bila gaduh2 tu end up sama ada dia akan mengalah dan mengaku kalah atau saya sendiri sedar atas teguran dia. Setiap kali jumpa macam tu la kami! Gaduh, gelak, pujuk je lah adegan kami. Dia seorang yang suka baca buku motivasi dan mengeluarkan kata2 motivasi. Sebab tu saya tunjuk sisi terburuk saya kat dia untuk dia tegurkan dengan kata2 motivasi yang membina. Bila dia down, saya pula yang akan motivate dia balik..

2-Saya sedang mengenali hati budi seseorang dan hobi kami  berlawan emoticon emlalui wechat. dan dia sangat suka bagi emoticon kelakar dan comel walaupun dia seorang sensei seni pertahankan diri Jepun.huhuhu..
Dengan dia saya tak manja. dan agaknya dia tak tau bila saya terasa hati. sebab tak penah tunjuk. tapi cepat je terpujuk bila dia hantar emo comel dan bukak topik yang memerlukan saya memerah otak tentang isu semasa. so tak jadi la nak tacing lelama kan..

3-Perkataan Maaf 
Kadang-kadang saya suka memendam apa yang tidak saya sukai, maka end up saya akan membuat layanan dingin jika terguris hati. Just a simple word sorry, dan saya akan mudah memaafkan. 


4-Tebus kesalahan
Kalau orang tu ada buat salah kat saya tapi agak susah menyatakan perkataan maaf, sekadar melalui tindakan sudah boleh menunjukkan dia kesal. So dengan mudah saya akan tersentuh dan memaafkan..

5- Hadiah!
Saya cepat tersentuh dan terharu dengan apa bentuk pemberian pun. Its not the material that matters. Its about the remembrance. 
Contoh housemate pergi Bali, dia belikan keychain besi peti ais berbentuk papan luncur. dia pergi sabah  daki Gunung Kinabalu dia balik beli ikan bilis sabah kat saya. Saya ada ibu di Kajang, yang juga mak kandung pelakon filem Raja Farah, semasa mereka shoot Rasa Halal Antarabangsa di Jepun dia tidak lupa membelikan saya sesuatu dari sana. Untuk Mak kandung saya pun dia belikan!
Kalau balik kampung and lewat bangun,  dan masa tu mak dah siap sarapan tinggal nak minum teh tarik dia, dia mesti akan berakhir dengan memberi separuh air tu untuk saya. Terutama bila dah takda stok teh dan susu, kadang2 smpai mak pun terpaksa buat setengah cawan atau kena campur gula, atau dengan susu tepung; however it is, DIA TETAP AKAN BAGI SEPARUH yang dia ada. Subhanallah, Ia membuat kita rasa nak kaya dan berjaya cepat sebab nak bagi seluruh kegembiraan dunia ni kepada dia..

Sekian coretan cabaran hari kedua saya.. 
Wassalam ^_^










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE

MONTHLY SHAH ALAM FIT CHALLENGE
PM 01123772476 untuk sebarang persoalan