Pages

Friday, September 5, 2014

#3 Cabaran 30 Hari Blogger: Sesuatu Yang Menguatkan Saya

IMPIAN

inilah yang menguatkan saya terus melangkah. 
Kerana impian. 
Impian mendapat redha dan pengampunan Allah serta menemui zatNya di Syurga
Impian mendapat syafaat Rasulullah SAW di Mahsyar dan bertemu Baginda
Impian menjadi anak yang solehah kepada Mak dan arwah Abah
Impian melihat adik beradik senang , kaya dan berjaya
Impian agar Mak dan Umi yang sedang diuji kesakitan sembuh dari penyakit mereka
Impian melihat keluarga kami yang terdiri dari dua mak, 10 beradik, 5 menantu dan 10 cucu bersatu dan bahagia sehingga ke Jannah
Impian masa depan untuk kaya dan berjaya
Impian untuk membantu insan memerlukan

Impian2 di atas, jika dipecahkan dan disenaraikan, boleh cecah ratus2 juga!
Seperti yang di ajar mentor saya dalam Herbalife, senaraikan 50 impian dahulu sebelum betul2 serius mahu mula melangkah dalam perniagaan ini.
Dalam IMKK anjuran Doc Azizan Osman, dia ajar 30 impian. 
Tanpa impian, kehidupan kita akan terumbang ambing, tiada arah tujuan. 
dan impian yang besar perlukan pengorbanan yang besar juga.
Tidak salah berimpian, yang penting tindakan !
dan hasilnya nescaya memuaskan hati. 
Jika ada manusia2 negatif di luar sana a.k.a pencuri impian yang cuba lemah dan jatuhkan kita, lihat balik impian yang kita senaraikan tu. dari sekecil-kecil hingga ke sebesar-besar. Lihat balik!!
Jangan benarkan kata-kata mereka menyerapi jiwa dan memusnahkan impian kita! 

Saya dahulu seorang yang dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh arwah ayah..
dalam masa sama saya diuji dengan antibodi badan yang lemah. Semenjak Jerebu 1997 meletus, saya di serang asma kronik. nasib baik ia semakin berkurang saat usia mula bertambah.. Tahun ini 100% saya dah bebas dari asma! Alhamdulillah.
Selain asma saya ada resdung, migrain, gastrik, senggugut, cepat kebas, dan sakit belakang yang muncul bila menginjak remaja. satu demi satu saban minggu!
Selalu MC masa sekolah dan universiti
Masa kecik2 pasrah dan redha kerana merasakan ia satu penghapusan dosa 
tapi bila sehingga terjejas emosi dan pelajaran, hidup pun hilang arah..
abah pun dah tiada untuk mendidik, memberi teguran, membimbing, mendoakan dan menjadi sandaran untuk keberkatan doanya..

semenjak dia pergi hidup saya makin hilang arah..
ikut sahaja suruhan orang untuk belajar walaupun dah tiada minat lagi kerana kerap sakit 
dan kerana kami miskin.

UPSR- 5A Tawaran: SM Sains Pekan& SBP Integrasi Kuantan
PMR- 8A. Tawaran: SM Sains Muar
Ketiga-tiganya tiada rezeki untuk terjejak..
Kecuali SBPI Kuantan, masa tu hantar kawan sekolah rendah yg sama2 dapat offer
so ikut parents dia hantar ke asrama.
terjejakla jugak..
SBPIntegrasi adalah sekolah baru yang kami 1990-an ni jadi perintis..
Sekolahnya dibuka pada Ogos 2003. tiada form 2 ke atas,
form 1 sahaja. masa form 2 baru di amik intake f1 & f4 baru
so at the same time diorang jadi senior dan junior kepada bebudak form 4 tuh.hehe

UPSR dan PMR cemerlang tanpa impian sendiri sebab tidak pandai bermimpi, tetapi berkat jagaan dan lindungan arwah abah dari maksiat mata, telinga, lidah(mengharamkan tontonan tv cerita mengarut dan lucah, hiburan telinga NASYID sahaja, haram mencarut, hatta perkataan bodoh dirumah), mendidik bab aurat dan pergaulan, solat sunat, solat awal waktu, solat berjemaah sedari sekolah rendah; dan  juga mak dan abah sebagai ahli abid di malam hari- inilah faktor kecemerlangan utama kedua-dua UPSR dan PMR pada hemat saya. Malah anak2 lain begitu juga.terutama kakak yang kaki ponteng boleh menjadi salah seorang dari 3 orang sahaja calon 5A UPSR SKBR Muadzam Shah tahun 2000. Tercipta kejutan dan sejarah disitu. Kehairananlah semua guru dan rakan2nya..hehe

kemudian semasa naik tingkatan 4, faktor2 negatif sudah mula merosakkan jiwa saya.
Masa tu saya tidak pandai melihat impian lagi, tidak pandai juga mencari penyelesaian untuk cabaran2 hidup. Saya pendamkan segala kebencian, dendam di hati dan biarkan diri terapung-apung di bawa arus.
Apa nak jadi, jadilah..
Terbawa-bawa sehingga SPM pun dah tak ambil port sangat nak study sebab pasrah, putus asa, kononnya kalau aku belajar betul2 pun dan cemerlang pun belum tentu dapat masuk U. 
Sedangkan masa UPSR dan PMR belaja sampai ssemua A pun and dapat asrama penuh pun tak dapat sambung..dan konon juga belaja last minute boleh straight A, so SPM boleh la apply jugakkan..
last2 amik exam kat ward seminggu kerana asma dan kat dewan sekolah seminggu dalam keadaan batuk2. Finally 3A sahaja. Mujur lah BI dan Agama A1. terbalik pulak dengan BM yang dapat A2.hehe. 

walaupun tak teringin mana, tapi minta jugalah upu UiTM. Sengaja pilih kursus rare- Diploma Analisis Pelaburan as 3rd choice. Tapi yang itulah jodohku akhirnya..
Kehidupan di U sudah mula kembali ceria dan 'lively' walaupun macam2 cabaran.
Masuk team Debat Bahasa Inggeris UiTM,
4 kali debat antarabangsa, 1 kali debat local.
 program derma darah
 program khidmat masyarakat
Program bersama Imam muda Azhar,
dll..
daripada UiTM Dungun Sehinngalah ke UiTM Segamat..

Cabaran getir mula hadir pada tahun 2010, semasa sem ke 4 ia mula berlaku..
gastrik kronik mula menyerang dan berat bertambah dari 55 ke 65kg dlam masa setahun 
sebab terpaksa banyak minum milo dan susu tepung demi nak kurangkan kesakitan..
masyaAllah..
peritnya dikenang saat itu..
dan penyakit2 itu menghalang dari hadir ke kuliah2..

pointer saya jatuh bawah 2, lulus 2 paper shj daripada 4 subjek saya sem itu 
(sengaja drop satu subjek sebab bosan dengan lecturer dia).
Sem 5 ambil 7 subjek termasuk yang mengulang tetapi gagal 4!
orang lain grad sem 6, saya grad sem 8..
tapi saya teramatlah syukur sebab saya berjaya hadapi dan saya tidak putus asa..
Allah lah kekuatan saya..siang malam saya banyak mencari ketenangan di masjid UiTM Segamat.
Saya pujuk diri bahawa
Saya harus grad!
Saya harus tabah!
Saya harus bersyukur!
Sebab ada rakan2 sekelas saya ada yang quit , 
ada yang kena tendang akibat pointer teruk semasa sem 5, sem 6, sem7. 

Semasa sem peralihan dari 7 ke 8 itulah saya didatangkan kembali cahaya yang benar bersirna dan bermakna dalam hidup ini..kerana Tuhan datangkan dia, saya kembali berani berimpian dan punya impian yang semakin tercapai satu persatu ..Alhamdulillah..


dan kini, berbekalkan keeputusan cukup makan itulah saya bekerja sebagai kerani saham
setahun sudah berkhidmat di sini..
syukur..dapat juga apply apa yang belajar 4 tahun tu !
sengaja tidak mahu sambung degree kerana saya punya impian tersendiri

till then, wassalam ^_^

ENTRY LAIN CABARAN 30 HARI:



2 comments:

  1. Semoga terus tabah & kuat mengejar cita2 dan impian ye dear.. Btw, salam kenal dari #KelabBloggerBenAshaari.. Done follow.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^