Pages

Wednesday, January 16, 2013

Tabiat Pemakanan Yang Tak Menyihatkan


Sesetengah tips-tips kesihatan yang kita selalu dengar dan cuba amalkan sebenarnya bukan sahaja tidak memberikan kesan yang lebih positif, tapi jika diamalkan boleh membawa kepada kesan yang negatif pulak. Jom kita semak adakah kita pernah buat benda-benda ni:
  • Skipping meals – dengan harapan untuk mengurangkan pengambilan kalori, kita skip pengambilan makanan kita terutama sarapan, tapi sebenarnya untuk jangka masa panjang, sangat tidak elok untuk kesihatan dan akan buatkan kita rasa lebih lapar dan end up akan makan lebih banyak
  • Diet dengan jus buah – kita amat memerlukan nutrisi dari buah-buahan dan sayur-sayuran tapi kalau kita gantikan permakanan kita hanya dengan jus buah sahaja dan tidak mengambil makanan lain, kononya untuk mengurangkan pengambilan kalori, kita mungkin akan kekurangan nutrisi-nutrisi dari sumber lain dan tak mempunyai cukup tenaga
  • Pil vitamin – beberapa kajian telah menunjukkan yang pengambilan vitamin dalam bentuk pil tidak memberi apa-apa kesan positif dalam jangka masa panjang. Kita mendapat vitamin yang diperlukan daripada makanan, dan tidak makan dan hanya bergantung kepada pil vitamin sahaja akan menyebabkan kita tidak mendapat nutrisi lain daripada makanan
  • Makanan berlemak – fikir dua kali sebelum menolak semua makanan yang mempunyai lemak, menolak lemak memang membantu sangat untuk mengurangkan berat badan tapi jangan tolak lemak baik seperti omega 3 yang sangat elok untuk otak dan jantung
  • Protein bar – kebanyakan protein bar sebenarnya sangat-sangat bergula dan berkalori tinggi
Terdapat banyak lagi amalan dan tabiat permakanan yang kita rasakan sangat sihat tapi sebenarnya memberikan kesan yang sebaliknya. Untuk dapatkan solution untuk permakanan yang lebih sihat, boleh isi borang di atas atau contact saya 0132538611 ok?
wassalam..

No comments:

Post a Comment

terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^