Pages

Wednesday, January 16, 2013

9 Cara Kecil Untuk Turun Lebih Besar


Cerita biasa. Kita berjanji untuk bersungguh-sungguh turunkan berat badan, ikut rutin yang dirancang, kira segala kalori yang diambil tapi last-last melantak jugak. Lepas tu terus give up.
Ada cara lagi berkesan, tukar cara merancang balik SEMUA tabiat permakanan kita dengan hanya mengubah hanya 1 atau 2 sahaja tabiat permakanan yang kita rasa perlu diubah. Dengan kaedah ni, memang terbukti lagi mudah untuk turun berat badan tanpa perlu rasa stress. Antara tabiat yang perlu ditukar ialah:
  • Kurangkan saiz makanan – contoh jika makan di restoran makanan segera (contoh yang tak berapa bagus), jangan pilih menu bersaiz besar, pilih yang paling kecil, pengambilan kalori akan dikurangkan.
  • Penuhkan dengan sayur – sayur bukan sahaja penuh dengan nutrisi-nutrisi yang bagus, tapi juga akan bagi rasa kenyang dengan cepat
  • Elakkan makan pada waktu malam – berhenti makan sebelum pukul 7 petang, metabolisme badan akan berkurangan bila kita tidur.
  • Berhenti beli snek dan makanan ringan – bila takde benda-benda ni mesti tak rasa nak makan kan
  • Pilih tangga – kalau setakat nak naik ke tingkat 1, 2 atau 3, tak perlu naik lif
  • Kemas peti ais – buang segala makanan yang tinggi kalori dan kurang nutrisi, gantikan dengan buah-buahan
  • Buat playlist yang lebih panjang – jika anda mendengar muzik ketika bersenam, tambahkan lebih banyak lagu di dalam playlist dan pastikan anda dengar dari lagu pertama sampai terakhir, sekaligus anda akan menambah masa bersenam 
  • Senaman ringkas – buat push-up atau sit-up setiap kali iklan ketika tengah tengok tv atau tengah berehat dari bekerja. Metabolisme badan akan bertambah
  • Ambil 300 kalori sarapan pagi – jangan tak makan sarapan, banyak kajian dah tunjukkan kesan skip sarapan dengan kenaikan berat badan dan masalah kesihatan lain, tapi kena ambil sarapan yang betul dan sarapan yang paling bagus tentulah shake Herbalife :)
Orang tua-tua berpesan sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. Jadi ubah lah sedikit-sedikit secara konsisten dan kesannya pasti akan dapat dilihat.


No comments:

Post a Comment

terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^