Terdapat beratus-ratus alasan kenapa menjadi aktif adalah sesuatu yang berfaedah. Senaman bagus untuk badan anda, minda anda dan untuk kehidupan sosial anda.
Berikut adalah empat sebab yang saya percaya boleh memberi anda inspirasi untuk keluar bersenam dan menjadi lebih sihat. Sebaik sahaja anda membaca ini, saya percaya anda akan menyertai saya dan menjadi lebih gembira dan sihat.
Hidup kita dipenuhi stres – masa tak cukup, bergelut dengan masalah kewangan, tarikh akhir kerja yang susah dicapai, mengumpul anak-anak anda untuk ke sekolah, dan seterusnya.
Stres boleh membawa kepada pertambahan berat badan dan membuatkan proses mengurangkan berat badan lebih sukar, dengan itu meluangkan masa untuk aktiviti senaman menjadi sangat penting. Stres juga menyebabkan kita terlebih makan, yang boleh membawa kepada pertambahan berat badan. Ini pula menambah stres, dan kitaran ini berulang-ulang.
Saya sendiri pernah tertewas dengan stres dan menyembunyikan diri di dalam pantri (di mana biskut di simpan!) semasa sangat-sangat tertekan. Saya tahu ini bukanlah reaksi yang elok, saya pun berhenti seketika dan menyedari bahawa saya perlu melakukan sesuatu untuk membantu menangani stres dalam hidup saya. Saya mendapati bahawa menambahkan aktiviti harian membolehkan saya mengumpulkan semula kekuatan dan menumpukan kepada diri saya dan ini membantu saya mengurangkan keresahan dan stres.
Saya selalu terfikir bahawa waktu rehat di sekolah adalah untuk memberi guru waktu untuk berehat tetapi tujuan yang sebenar lebih menarik. Kajian mendapati bahawa selepas menjalani aktiviti, otak kita menjadi lebih aktif dan ini memudahkan kita mempelajari dan mengekalkan maklumat. (Saya telah menguji falsafah ini dengan anak-anak saya sendiri dan ia memang berkesan).
Anda mungkin tidak berada di sekolah lagi, namun berehat sebentar untuk aktiviti, terutamanya jika anda berasa sangat letih, mungkin memperbaiki fokus anda dan menjadikan anda lebih produktif. Apabila anda berasa lebih produktif ia menjadi cara yang hebat untuk menewaskan stres!
Apabila anda membuat usaha terancang untuk memperbaiki diri anda dengan menjadi lebih aktif, keyakinan anda juga akan meningkat. Yang lebih baik, pendekatan positif baharu anda boleh meyakinkan orang di sekeliling anda untuk membuat perubahan yang positif juga. Ini adalah benar terutamanya sekiranya anda membuat keputusan untuk menyertai kelas atau kelab kecergasan.
Siapa sangka bahawa dengan memperbaiki diri anda sendiri, anda juga berpotensi untuk memperbaiki orang lain juga?
Siapa yang tidak mahu menjadi lebih gembira? Menjadi aktif menggalakkan pembebasan endorfin dalam badan anda sama seperti yang dibebaskan apabila kita makan coklat. Saya lebih suka mendapatkan endorfin yang menggembirakan daripada aktiviti kerana ia akan tahan lebih lama. Apabila anda mengambil makanan bergula, rasa gembira yang anda alami seketika sahaja dan ini dengan pantasnya diikuti dengan penurunan tenaga yang tidak menggembirakan.
Apa yang naik pasti akan turun dan sekiranya anda melonjakkan gula darah anda dengan cara ini, anda akan mendapati ia menjadi sukar untuk mengimbangkan mood anda. Sebaliknya, cubalah menyertai aktiviti yang sihat. Anda akan mempunyai lebih banyak tenaga, mood anda akan menjadi lebih stabil, dan ini akan membuatkan anda berasa lebih gembira!
***
Aktiviti sangat bagus untuk semua orang! Pertimbangkanlah empat manfaat yang mengubah kehidupan ini sebagai laluan ke arah mencapai kegembiraan. Kurang stres menjadikan anda lebih gembira, menjadi lebih peka dan lebih produktif menjadikan anda lebih gembira dan orang yang gembira menarik orang lain yang bersikap lebih positif dan gembira.
Dengan gembiranya, saya percaya bahawa menggalakkan gaya hidup yang aktif akan akhirnya memastikan dunia ini menjadi tempat yang lebih menggembirakan dan lebih menyihatkan.
Ditulis oleh Samantha Clayton, AFAA, ISSA. Samantha ialah Pengarah Pendidikan Kesihatan di Herbalife.
No comments:
Post a Comment
terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^