Pages

Tuesday, May 27, 2014

Jom Kenali Fit Challenge Shah Alam!

Saya adalah coach Adilah dari team Back2Shape Shah Alam dan hari ni saya sangat excited untuk menjemput pembaca blog saya untuk sertai Fit Challenge Shah Alam! :D





Dari “Fat to Fit” atau “Fit to Fittest”…semua tahap kecergasan sangat dialu-alukan untuk menyertai program yang paling Hot di Shah Alam ini. Fit Challenge Shah Alam membantu warga Shah Alam untuk mendapatkan keputusan yang luarbiasa Tanpa Keahlian dan Tanpa Kontrak. Yang paling penting adalah faktor “Fun”, rakan-rakan Fit Challenge Shah Alam dan hadiah-hadiah yang luar biasa untuk dimenangi!


Jom Kenali Fit Challenge Shah Alam!

PENGETAHUAN UMUM

Q: Apakah atau Siapakah Back2Shape?

A: Back2Shape adalah penaja rasmi dan penganjur bagi Fit Challenge Shah Alam. Back2Shape adalah kumpulan jurulatih yang berdedikasi yang telah bersama-sama membangunkan satu sistem sokongan untuk membantu warga Shah Alam mendapatkan hasil yang luarbiasa. Hasil ini tidak biasa tercapai jika tidak menggabungkan “Power of 3" untuk mendapatkan 100% keputusan. Anda akan dapat melihat hasil MAKSIMUM untuk masa dan usaha yang anda telah laburkan untuk badan anda. Kami percaya jika penjagaan kesihatan dan kecergasan dikekalkan secara SERONOK dan MUDAH, keputusannya adalah ajaib! KAMI BUKAN gimnasium ... KAMI BUKAN pusat penurunan berat badan ... KAMI TIDAK memerlukan keahlian atau kontrak. Keperluan kami hanyalah anda serius untuk mencari dan merasai tahap kecergasan dan kesihatan yang terbaik untuk anda.

KOS ATAU HARGA

Q: Adakah RM60 itu untuk per kelas, aktiviti atau untuk sepanjang Fit Challenge yang berlangsung untuk 4 minggu?

A: RM60 adalah YURAN KEMASUKAN untuk Fit Challenge Shah Alam dan membolehkan anda untuk akses kepada sebanyak aktiviti Fit Club yang anda mahu.

Q: Adakah RM60 satu-satunya yuran kemasukan yang perlu saya bayar untuk memasuki Fit Challenge Shah Alam atau ada bayaran lain yang akan diminta dari saya selepas itu untuk kekal dalam Fit Challenge Shah Alam atau mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti?

A: Tiada YURAN LAIN YANG DIPERLUKAN untuk mengambil bahagian dalam setiap sesi Fit Challenge Shah Alam yang berlangsung selama 4 minggu atau untuk sertai sebarang aktiviti-aktiviti Fit Club yang lain.

WAKTU DAN KOMITMEN MASA

Q:  Adakah saya dikehendaki menghadiri jumlah tertentu aktiviti Fit Club setiap minggu atau setiap bulan?

A: Tiada jumlah tertentu aktiviti yang anda MESTI hadiri, walaubagaimanapun dalam usaha kami untuk memastikan kemajuan anda supaya anda mempunyai peluang untuk memenangi Fit Challenge Shah Alam, kami meminta anda menghadiri "orientasi” pada permulaan dan sesi "Penimbangan Badan" serta ujian “Fit Test" kami yang luarbiasa. Selepas itu jumlah aktiviti yang anda sertai betul-betul terpulang kepada anda. Lebih banyak anda hadir aktiviti-aktiviti Fit Club, semakin baik hasilnya dan lebih besar peluang anda untuk menjadi Pemenang Fit Challenge Shah Alam!pakah

Q:  Bagaimana “Orientasi, Penimbangan Badan dan Fit Test” dijalankan?

A: Anda perlu menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat tentang tarikh dan masa untuk sesi “Orentasi, Penimbaganan Badan dan Fit Test” yang seterusnya. Orientasi adalah servis kepada anda untuk memahami bagaimana untuk menggunakan sistem sokongan Back2Shape dan program Fit Club supaya anda akan mendapatkan hasil yang maksimum. Ia juga untuk menjawab sebarang soalan-salan terakhir dari anda atau soalan tentang garis panduan Fit Challenge Shah Alam. Penimbangan Badan akan berlaku pada hari yang sama dengan Orientasi dan akan menjadi ukuran rasmi berat badan, lemak badan, dan jisim otot anda yang kami akan gunakan untuk menentukan pemenang Fit Challenge Shah Alam. Fit Test akan berlaku pada hari yang lain setelah Orientasi. Fit Test adalah ujian Fitness badan yang akan dibimbing oleh jurulatih berdasarkan berapa kali push-ups dan sit-ups yang anda boleh lengkapkan serta larian, berjoging atau berjalan kaki sejauh 1.8km. Ini bergantung kepada tahap kesihatan dan kecergasan anda.

Q: Apakah waktu aktiviti Fit Club?

AIsnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 6.00pm dan berakhir pada jam 7-7.30pm. Pada hari Selasa dan Jumaat bermula jam 8.00pm dan berakahir pada jam 9-9.30pm. Perhatian bahawa kami akan bermula tepat pada jam 6pm, oleh itu anda perlu sampai di Back2shape Center antara jam 5.30pm-5.50pm.

AKTIVITI FIT CLUB

Q: Bilakah aktiviti Fit Club berlangsung?


A: Sila lihat bahagian WAKTU DAN KOMITMEN MASA seperti di atas.

Q: Dimanakah aktivit-aktiviti dijalankan?

A: Setiap Aktiviti Fit Club kami bermula dari Studio Back2Shape di Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam (Tingkat 1) berdekatan dengan Kedai Kain Gulatis, di atas Kedai Cermin Mata Focus Point. Dari studio kami, aktiviti Fit Club akan dijalankan di sekitar Seksyen 7 Shah Alam! Fit Club Dance Fitness, Yoga dan Body Combat semua dijalankan di dalam studio dan aktiviti yang lain akan dijalankan di luar.

Q: Apakah jenis aktiviti yang diadakan oleh Back2Shape team dan pada hari apa aktiviti-aktiviti ini dijalankan?


A: Kami mempunyai pelbagai aktiviti seperti Running Club, Zumba, Yoga, Bootcamps, Body Combat dan banyak lagi! Tarikh-tarikh mungkin berbeza-beza dari semasa ke semasa oleh itu sila hubungi saya untuk mengetahui jadual yang paling terkini dan maklumat lanjut tentang setiap aktiviti.

Q: Adakah ini program personal training atau adakah saya akan mempunyai searing “personal trainer”?


A: Back2Shape bukanlah sebuah gym tetapi kami adalah program gaya hidup yang dibangunkan oleh sekumpulan jurulatih supaya anda mendapat hasil yang jarang didapati jika anda pergi ke gym atau melantik seorang personal trainer. Semua aktiviti Fit club akan diadakan secara berkumpulan dan anda akan ada seorang jurulatih personal yang akan membimbing anda untuk mendapat “kesan 100%"

Q: Apakah yang perlu saya bawa untuk menyertai aktiviti Fit Club?

A: Sila pastikan apabila anda datang ke aktiviti Fit Club, anda bersedia untuk bersenam dengan pakaian dan kasut sukan yang betul. Anda juga boleh membawa tuala dan pertukaran pakaian. Anda juga boleh membawa botol air. Walau bagaimanapun air disediakan sebagai sebahagian daripada program ini. Sila maklum bahawa ruang untuk penukaran pakaian terhad, oleh itu anda disyorkan untuk datang sedia berpakaian senaman jika boleh. Perhatian juga kami tidak dapat menawarkan kemudahan bermandi.

PENYERTAAN

Q: Boleh kah saya sertai Fit Challenge Shah Alam walaupun saya ada kecederaan atau batasan fizikal?

A: Ya semua orang dialu-alukan untuk menyertai. Kami meminta untuk anda memberitahu jurulatih peribadi anda dan jurulatih yang mengetuai aktiviti Fit Club tentang situasi anda. Kita akan sentiasa menggalakkan anda untuk meningkatkan aktiviti diri sendiri tetapi anda perlu tahu had anda dan jangan ragu untuk melangkah keluar atau rehat semasa aktiviti dijalankan jika perlu.

Q: Boleh kay saya bawa rakan-rakan atau ahli keluarga bersama saya untuk menyertai Fit Challenge, dan/atau menyertai aktiviti-aktiviti Fit Club?


A: Pada bila-bila masa sahaja anda boleh menjemput sesiapa yang anda mahu untuk menyertai apa-apa aktiviti kami secara percuma!

Untuk sebarang pertanyaan tenting Fit Challenge Shah Alam, sila hubungi saya. Saya bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan. Terima kasih! :)



source

No comments:

Post a Comment

terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^