Pages

Thursday, November 28, 2013

Wawasan Akhirat Untuk Ammar

Salam..ramai yang terkesan dengan syahidnya seorang anak muda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Berikut adalah catatan peribadi ayahanda arwah..mari renungi bersama :-)


Aku begitu kagum dengan perjuangan mempertahankan aqidah Islam oleh Imam Badiuzzaman Said Nursi ketika Turki dipaksa menganut faham Sekularisme melampau sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Tulisan Arab Uthmani (Osmanlica) ditukar ke tulisan rumi bagi memutuskan sebarang kaitan Turki moden dengan sejarah keagungan Khilafah Uthmaniyyah. Agama Islam dianggap sebagai musuh agenda pembangunan Turki.

Tika itu Imam Badiuzzaman Said Nursi berjuang mempertahankan aqidah umat dengan menulis Risalah an Nur sebuah kitab tafsir Al-Quran bersifat maudhu'i dan tauhidik bagi memberi perangsang kepada umat Turki untuk terus tetap mempertahankan Islam hatta sanggup berkorban nyawa sekalipun.

Memang banyak Jamaah yang memperjuangkan pemikiran Imam Badiuzzaman Said Nursi melalui Risalah an Nur, tetapi aku memilih Jamaah Hayrat untuk Ahmad Ammar kerana setelah ku selidiki jalur perjuangan dan kepemimpinannya jelas dari amanah dan wasiat Imam Badiuzzaman Said Nursi. Hoca (baca Hoja) Said Nuri yang memimpin sekarang menyambung amanah dari Hoca Ahmet Husrev Effendi yang terdahulu menerima amanah dari Imam Badiuzzaman Said Nursi.

Aku masukkan Ammar mengikuti Madrasah Jamaah Hayrat di Malaysia sebaik saja tamat peperiksaan SPM untuk mengikuti pengajian Risalah an Nur dan belajar Bahasa Turki. Jamaah Hayrat menekankan soal tauhid, akhlak dan khidmat untuk Islam. Tingkat yang paling tinggi di kalangan ahlinya ialah mewaqafkan diri seluruhnya untuk Islam.

Juga Jamaah Hayrat mementingkan untuk mempelajari tulisan Arab Uthmani agar setiap pelajarnya dapat menggali semula khazanah Uthmaniyyah yang tidak mampu lagi dibaca oleh Generasi muda Turki.

Inilah wawasan akhirat ku untuk Ammar. Beliau telah melaluinya dengan amat cemerlang sekali sehingga dipanggilmsegera oleh ALlah ta'ala ke pangkuanNYA kerana kesungguhannya mendekati ALlah ta'ala.

Bersambung.....


Surabaya, Jawa Timur 26/11/2013.
with Nur Azlina


No comments:

Post a Comment

terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^