Pages

Pengasas


Mark Hughes (1956-2000)

"Your success is only limited by your own imagination and hard work."

“You can’t stop a good idea from taking hold and spreading.”



Visi luar biasa dan komitmen yang menginspirasikan Mark untuk mengasaskan Herbalife bermula di usia muda beliau. Kerana kehilangan ibunya akibat diet yang tidak selamat, Mark berjanji untuk mencari jalan menolong orang hilang berat badan dengan selamat. Mark pergi ke Cina untuk mengkaji penggunaan herba untuk memperbaiki kesihatan. Berkobar dengan apa yang dipelajarinya, Mark pulang ke Amerika untuk membentuk satu pasukan perubatan dan pakar nutrisi untuk mencipta produk Herbalife. Pada tahun 1980 Mark melancarkan Herbalife dengan bekerja sebagai pengedar pertama yang menjual prosuk bernutrisi tersebut. 

“The products are what get you an emotional experience. It’s the glow in their eye; it’s the way that they feel; it’s the excitement and the way that they act.”
Semakin ramai orang mencuba produk tersebut dan mengalami hasil yang positif menyebabkan perniagaannya berkembang cepat. Mark membina jaringan Pengedar yang berkongsi visi beliau, ghairah tentang produk dan bersemangat dengan peluang perniagaannya. Mark menggalakkan Pengedar Herbalife untuk "percaya pada organisasi, untuk mengetahui bahawa ia akan berhasil."

“Through your efforts, people are discovering new worlds of opportunity and an eternal hope for the future.”
Bercakap dengan orang yang sempat menemui Mark dan mereka akan memberitahu anda bagaimana dia memotivasikan mereka untuk mencapai kejayaan peribadi dan professional. Dia menginspirasikan orang ramai dari pelbagai latar belakang melalui kepercayaannya akan kemampuan mereka untuk mengubah kehidupan, bermula dengan diri sendiri. Mark p[ercaya yang seseorang mampu membuat perubahan dan perubahan itu adalah dunia yang lebih sihat. 
“I am convinced the future will be brilliant beyond compare.”
Mark meninggal dunia pada tahun 2000, tetapi visinya untuk mengubah hidup orang ramai- menolong mereka menguruskan berat badan, membaiki kesihatanbdan menemui kejayaan kewangan- terus berkembang maju. Hari ini terdapat lebih 2.3 juta Pengedar Herbalife di lebih 84 negara, menjadikan impian mereka untuk lebih sihat dan kebebasan kewangan menjadi nyata. 
“Introducing balanced nutrition to millions of people in the world is a dream come true for me.”
sebagai tanda penghormatan kerja perintisan Mark dalam pengurusan berat bdan dan nutrisi, pada tahun 2003 Herbalie telah berjaya menubuhkan Mark Hughes Cellular and Molecular Nutrition Laboratory di University of California Los Angeles (UCLA) khusus untuk kajian nutrisi berasaskan sains. 



No comments:

Post a Comment

terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^