Herbalife menjamin kualiti mana-mana produk keluarannya dan memperakui bahawa produk yang dikeluarkan mencapai standard kualiti kesegaran dan kesucian untuk kegunaan pelanggan.
Kami yakin para pelanggan akan pengguna akan mendapati produk ini memuaskan dalam setiap cara. Bagaimanapun, untuk apa sebab sekalipun sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan mana-mana produk Herbalife yang dibeli daripada Pengedar Herbalife, pelanggan boleh meminta bayaran balik dalam masa 30 hari dari tarikh ia terima produk.
Pelanggan akan diminta memulangkan produk tersebut, atau bahagian produk yamg belum digunakan kepada Pengedar yang mana produk tersebut dibeli. Pengedar mesti menawarkan kredit penuh kepada pelanggan ketika membeli produk Herbalife yang lain atau bayaran balik atas harga yang dibeli.
Jaminan ini terhad hanya kepada syarat-syarat waranti tertentu yang disertakan atau dipakejkan dengan produk tertentu dan ia terkecuali pada produk yang sengaja dirosakkan atau disalahgunakan.
No comments:
Post a Comment
terima kasih, syukran, thanks, xiexie, atas komen2 membina ^_^