Pages

Monday, December 3, 2012

Setapak Lagi

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...langkah diteruskan dengan segala kepahitan yang terpaksa ditelan, dengan segala perasaan yang bercampur, dengan luka yang mendalam di hati dan rindu yang tertahan-tahan..

Saya bersyukur diri saya kini lebih kuat dari dahulu semenjak mengenali Herbalife. Training dan acara-acara syarikat yang saya hadiri telah banyak merubah wawasan dan azam hidup saya. Saya menilai setiap ujian itu sebagai cabaran yang harus ditempuh dengan senyuman terukir; dengan dua perkataan keramat- NO PROBLEM!




saya, alynn, diyana , kak long diyana dan hubby
credit to fb uwais atiqah

Bertolak dari Segamat menaiki kereta Uwais, my Get Team-superb leader...
credit to fb Uwais Atiqah
Selepas Zero to Hero di Bukit Gambang Resort City 17-18 Nov lepas, saya berjaya membuat sale 500 ringgit beberapa hari kemudian dalam masa tak sampai 3 jam! wow, LUAR BIASA! Saya telah berjaya baiki sedikit demi sedikit skill komunikasi dan cara meyakinkan pelanggan, ALHAMDULILLAH.

Kemudian pada 22-23 November saya berpeluang membuka gerai di tapak expo kebudayaan dan sukan belia 1 malaysia di kompleks sukan paroi bersama-sama upline Diyana dan sideline2 yang lain. Di sana kami belajar lagi- dengan perkataan SABAR!

Masa tu betul-betul teruji. Dengan lokasi tapak yang bercampur tanah dan batu2 kerikil, hujan lebat tak berhenti menjadikan kawasan kami banjir dan berlumpur, dan ekspo di hujung bulan, semasa orang tengah poket kempis, inilah pengalaman pertama membuka gerai yang tidak mendapat sambutan ramai. Hidup ni ibarat roda, perniagaan juga..mana ada orang bisnes terus senang dan kaya kan? Mesti belajar dan hadapi semua cabaran. Alhamdulillah, saya bersykur....yang penting kualiti bukan kuantiti. Kalau cakap ngan orang terlalu ramai pun tapi misi dan visi syarikat tak sampai kat dia tak guna juga.. biarla sedikit tapi kalau betul2 buat follow up mana tau satu hari nanti orang tulah yang membantu perniagaan ini..

Selama 3 malam tumpang berteduh di rumah Diyana; coach dan upline saya bersama-sama Ieqa, Alyn, Raja dan Osman. Menerima kasih sayang dan layanan terbaik dari mak diyana. Kami dapat rasa masakan istimewa nogori hasil masakan makcik, kak ngah yang tak habis pantang lagi tu dan uteh, adik diyana. Uteh jugala yang menghidang, mengemas membasuh dan tolong menjemur baju kami.  Begitu kami terhutang budi atas kebaikan mereka sekeluarga. Tidak dilupakan ayah diyana yang datang membawa durian yang sedap2! Alhamdulillah rezeki kami berpesta buah malam tu dan esoknya lauk tengah hari santan durian. nyam3! ^_^ Tapi kesian kat Alynn yang tak boleh bau durian.  Semoga dia sembuh dengan nutrisi Herbalife ;-))

wassalam ^_^